Bahan-bahan utama :
Minyak Sapi
Kacang Tanah
Gula Ising
Sila Hubungi saya di:
013-477 6424 @ eirya29@yahoo.com
Penghantaran percuma sekitar Ipoh.


Teringat saya ketika menjadi guru tadika di langkawi. Ia adalah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Bermula dari bulan 11 iaitu cuti sekolah. Saya di tugaskan menghias bilik dan menggantikan guru yang telah berpindah. Dengan mengikuti citarasa kanak2 zaman skrg saya menghiasnya dengan gambar2 Doremon & Spongebob. Nampak je mudah tapi….penat tak terkira.
Sekolah di buka. Macam2 keletah mereka. Ada yang jadi cicakman, superman, batman…segalanya ada. Mana tak nya…. ada yang panjat tembok dan pagar untuk lari pulang. Dalam kelas pula usah cakap la.. bila pandang whiteboard ada yang sorok bangku dan ada yang masuk bawah meja. Yang tak tahan ada pula yang tiba2 ada atas almari. Haa…. mana la saya tak kepenatan. Bagaimana pun kadangkala terasa rindu dengan anak2 murid saya. Semoga satu hari nanti mereka menjadi insan yang berguna.
MiRc adalah dunia chatting di internet. Satu dunia atau alam perbualan yang tidak asing lagi. Bukan setakat orang dewasa malah kanak-kanak juga lebih mendahului.Menyentuh ttg dunia mirc ini..teringat ketika saya menceburi atau melibatkan diri. Saya mula berjinak dengan mirc ini ketika Tahun 1997 di UNDERNET.
Sepanjang penglibatan saya dikenali dengan nick atau nama samaran seperti aty29, nurra4eva, suRiaty, cheeseKy, eirya dan q4rism4. Popular dang lamer jugak la masa tu. Hehehe….perasan.
Pada pendapat saya dunia chatting ini banyak baik dan buruknya. Yang baiknya mendapat ramai kawan dan boleh bertukar2 fikiran di samping saya dapat mempelajari atau mendalami lebih lagi tentang alam siber dan telekomunikasi dan pelbagai lagi.
Yg buruknya…terlalu banyak penipuan. Kalau ada 100 orang.. mungkin 20 orang sahaja yang boleh di percayai. Lebih banyak yang ingin mengambil kesempatan
Dunia ini juga terlalu kejam. Alkisah…pengalaman saya sendiri di mana terdapat seorang hamba Allah yang berkawan baik dengan saya. Dia cuba mendapatkan duit dari saya. Malangnya misi dia gagal dan dia telah memburuk-buruk malah CUBA mengaibkan saya. Segala macam fitnah ujud. Subhanallah…
Bagaimanapun selamat tinggal kepada dunia Mirc. Kepada kawan-kawan…ingatlah Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging...........
Kepada teman2 #pulau, #sembang, #kapalkaram, #bungaraya, #mamak, #kampung, #kedaikopi n etc. salam rindu dari saya. Paling teristimewa buat kUdUnG….suami yg tercinta dan elleez tersayang… muaaahhhh
Okeyyy…. Lets talk about this girl.. This sweetgal namanya Nur Liyana Farzana. So sweettt… Macam mummy dia jugak.. heh..heh..hehh. Just call her Nana. Dia baru berusia 5 tahun. Nana telah mengalami sakit bengkak saluran hati dan telah menjalani pembedahannya bulan Julai 2007. Alhamdulillah dia okay…tapi akan checkup selagi hayat dia. Btway.. dia adalah segala-galanya buat saya. Tanpanya…hidup saya tak bermakna kerana Nur Liyana Farzana terlalu istimewa.
0 comments:
Post a Comment