Langkawi Whisper Leisure & Event

Langkawi Whisper Leisure & Event
we care about your travel needs




Please Hear What I'm Not Saying

Don't be fooled by me.
Don't be fooled by the face I wear for I wear a mask,
a thousand masks,
masks that I'm afraid to take off,
and none of them is me.

Pretending is an art that's second nature with me,
but don't be fooled, for God's sake don't be fooled.
I give you the impression that I'm secure,
that all is sunny and unruffled with me,
within as well as without,
that confidence is my name and coolness my game,
that the water's calm and I'm in command and that I need no one,
but don't believe me.
My surface may seem smooth but my surface is my mask,
ever-varying and ever-concealing.
Beneath lies no complacence.
Beneath lies confusion, and fear, and aloneness.
But I hide this.
I don't want anybody to know it.
I panic at the thought of my weakness exposed.
That's why I frantically create a mask to hide behind,
a nonchalant sophisticated facade,
to help me pretend,
to shield me from the glance that knows.

But such a glance is precisely my salvation,
my only hope, and I know it.
That is, if it's followed by acceptance,
if it's followed by love.
It's the only thing that can liberate me from myself,
from my own self-built prison walls,
from the barriers I so painstakingly erect.
It's the only thing that will assure me of what I can't assure myself,
that I'm really worth something.
But I don't tell you this.
I don't dare to, I'm afraid to.
I'm afraid your glance will not be followed by acceptance,
will not be followed by love.
I'm afraid you'll think less of me,
that you'll laugh, and your laugh would kill me.
I'm afraid that deep-down I'm nothing
and that you will see this and reject me.

So I play my game, my desperate pretending game,
with a facade of assurance without and a trembling child within.
So begins the glittering but empty parade of masks,
and my life becomes a front.
I tell you everything that's really nothing,
and nothing of what's everything,
of what's crying within me.
So when I'm going through my routine
do not be fooled by what I'm saying.
Please listen carefully and try to hear what I'm not saying,
what I'd like to be able to say,
what for survival I need to say,
but what I can't say.

I don't like hiding.
I don't like playing superficial phony games.
I want to stop playing them.
I want to be genuine and spontaneous and me
but you've got to help me.
You've got to hold out your hand
even when that's the last thing I seem to want.
Only you can wipe away from my eyes
the blank stare of the breathing dead.
Only you can call me into aliveness.
Each time you're kind, and gentle, and encouraging,
each time you try to understand because you really care,
my heart begins to grow wings--
very small wings,
very feeble wings,
but wings!

With your power to touch me into feeling
you can breathe life into me.
I want you to know that.
I want you to know how important you are to me,
how you can be a creator--an honest-to-God creator--
of the person that is me if you choose to.
You alone can break down the wall behind which I tremble,
you alone can remove my mask,
you alone can release me from my shadow-world of panic,
from my lonely prison,
if you choose to.
Please choose to.

Do not pass me by.
It will not be easy for you.
A long conviction of worthlessness builds strong walls.
The nearer you approach to me the blinder I may strike back.
It's irrational, but despite what the books say about man
often I am irrational.
I fight against the very thing I cry out for.
But I am told that love is stronger than strong walls
and in this lies my hope.
Please try to beat down those walls
with firm hands but with gentle hands
for a child is very sensitive.

Who am I, you may wonder?
I am someone you know very well.
For I am every man you meet
and I am every woman you meet.

Rinduku Di Bulan Ramadhan.....

Salam hormat..salam sejahtera. salam Ramadhan dan salam Aidil Fitri yang bakal menjelma. Setelah sekian lama, kini baru terluang untuk aku menutur kata. Terima kasih buat semua lantaran sudi menjenguk blog yang serba daif lagi kekurangan ini. Tanpa sokongan kalian siapalah aku especially suami tercinta Noor Afifuddin serta anak2..maka ujudnya blog ini.

Aku sebenarnya tak tahu apa nak bercerita tapi entah laa hari ni selepas solat aku terbayang wajah bapak kali terakhir yang diselimuti kain putih di liang lahat dengan badan di ngiring mengadap kiblat.

Aku rindu bapak. Rindu sesangat. Minggu terakhir sebelum pemergian bapak, dia banyak termenung dan berdiam diri. Minggu itu semua orang kurang sihat jadi semua buat hal masing-masing. Bapak pun demam.

Aku pulak sibuk dengan Rusydi dan Ruzaini yang terkena demam campak. Habis waktu kerja aku singgah di rumah mak bapak aku untuk ambil anak2. Anak2 aku hantar kejap rumah mak kejap rumah mak mentua. Hmmmm…..

Petang itu adalah hari terakhir dan bicara terakhir aku dengan bapak. Selepas mengemas barang2 dan bakul baju anak2 untuk di bawa pulang aku menegur bapak.

‘Bapak, adik nak balik dah. Bye-bye Atok….,’ aku memandang bapak sambil mendukung Ruzaini.

‘Tengok la Atok tu. Atok tak sayang kita dah kut..Atok buat tak tau jerr…” kata aku lagi pada Ruzaini yang tak tahu apa2 sambil berlalu keluar untuk pulang.

Bapak cuma diam sahaja. Sebaik tiba di rumah aku sibuk pula melayan anak-anak yang sedang sakit dan mengemas rumah serta memasak.

“Kringggg…kkrrinngggg…kringgg…” deringan telefon bergema. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9.00 malam.

“Hello.. adik ker. Don nih. Adik datang la malam ni tengok bapak jap. Bapak demam. Bapak kata ubat bapak dah habis…” abang aku rupanya. Namanya Zur tapi dari kecik aku panggil Don. Pelat masa dulu...

“Alaaa…adik baru jer balik. Tadi dah tengok bapak.Esok laa adik pergi” jawap aku.

“Hal ubat bapak semua auntie Da yang uruskan. Nanti adik call auntie Da,” sambung aku lagi.

“Hmmmm….terpulang la. Don dah bagitau…jangan menyesal pulak nanti,” dia letak telefon.

Hati aku berbelah bahagi. Mana tak nya…dengan keadaan dua orang anak aku yang demam campak dan badan yang letih.

Aku telefon mak pulak minta mak naik ke tingkat atas tengok bapak. Mak sebenarnya tengah merajuk hati dengan bapak.

“Hah! Bila sakit di rumah aku….bila sihat, seronok-seronok kat rumah bini muda,” getus mak aku. Aku pulak yang kena bahananya. Sabor je laa….

Aku call Auntie Da pulak. Harap-harap Auntie Da boleh tolong beli ubat bapak.

“Hello..Assalammualaikum. Auntie Da, bapak demam. Zur cakap ubat bapak dah habis, “ aku bersuara perlahan takut dia pulak melenting. Auntie Da pun baru balik dari rumah mak petang tadi.

“Aikk…! Tadi petang aku tanya bapak ada ubat tak lagi…dia kata ada. Hmmm…nanti laa…tak tau klinik Dato Moreira tu bukak lagi ke tak.., Auntie Da letak telefon. Selama ini hal ubat darah tinggi atau apa saja urusan kesihatan bapak ke klinik semua Auntie Da yang uruskan.

Jam dah menunjukkan pukul 12.00 malam. Auntie Da hantar ubat ke rumah mak untuk bapak. Auntie Da tak naik ke atas pun. Cuma Azreen cucu kesayangan bapak yang naik ke tingkat atas menghantar ubat.

“Terima kasih laa…. Atok nak satu jer. Atok nak makan untuk malam ni jer…” kata bapak pada Azreen…cucunya.

“Kringggg…krinngggg…kringgg!” telefon berdering. Aku yang sedang mengosok baju bersiap untuk ke office menuruni anak tangga untuk mengangkat telefon. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.

“Hello…assalammualaikum..Adikk…bapak dah tak ada. Bapak dah meninggal. Tak tau bila tapi dalam tidur…” abang aku menelefon. Astagfirrullahhalazimm…..aku terduduk menangis menyesal. Tapi apa gunanya. Segalanya telah terlambat. Telah tiba janji Allah. Innalillahwainnalillahhirojiunn…. AL-FATIHAH buat bapak.

Maafkan adik bapak. Bukan adik sengaja. Keadaan tidak mengizinkan. Adik ingat nak jengok bapak pagi itu. Ampun kan adik bapak. Semoga roh bapak dicucuri rahmat dan moga bapak di dalam golongn orang-orang yang beramal soleh.

"Kerinduan itu masih terasa dan menusuk-nusuk. Adik rindu segalanya. Rindu saat bapak bercerita dan menyanyikan lagu melayan adik sebelum tidur di celah ketiak bapak dari kecil hingga umur empat belas tahun...."

Masih terbayang dan terdengar nyanyian bapak akan lagu-lagu Gelang Sipaku Gelang, Nona oh Nona, Lagu Tiga Kupang dan sebagainya. Sedihnyaaa.... kini kemanjaan aku turun kepada anak perempuanku Nur Liyana Farzana.

Buat bapak…adik tak akan lupa sedekah Alfatihah dan yassin.

Buat teman-teman atau sesiapa saja yang membaca luahan hati ini…beringatlah bhawa masa tidak menanti kita.Apalagi ajal maut yang ketentuannya dar ALLAH SWT.

ALLAHHUAKHBAR..!

mY fAmILy

Thursday, August 6, 2009

Saturday, July 11, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Vokasional Ipoh,Perak













Bak kata orang sejarah akan berulang, namun, VIP akan tetap menjadi sejarah yang akan kekal di kotak minda ingatan kita bersama, kerana jika kita menyusuri Sungai Kinta (dibelakang sekolah) dan melewati Jalan Leboh Cator, sudah tiada bangunan yang dinamakan Sek. Men. Vokasional Ipoh. Tetapi yang ada ialah S.M. Teknik Leboh Cator.

Meh la sama2 kita memeriahkan vokay ipoh facebook...bagitau kawan2 atau sesiapa sahaja yg pernah terlibat dengan vokay ipoh untuk kita mengimbau kembali kenangan lama dan merapatkan siraturrahim sesama kita..

Monday, June 29, 2009

..dEdIcAtE tO My HuBbY...

I love it that you love me


I love it that you love me
And when you tell me how you feel
I love the way you touch my hands
And hold them close to your heart
I love to feel your heartbeat
As my heart beats in tune with yours
Together---we make music
Wonderful harmony we call "Love"
I love being with you all the time
So I cannot stop telling you how much care
And forever I can stay with you
Co'z my love for you will never depart


Sunday, June 28, 2009

Saturday, June 27, 2009

Biskut Makmur Untuk Tempahan

Biskut makmur untuk dijual : RM 19.00 @ 50 biji
Bahan-bahan utama :

Minyak Sapi
Kacang Tanah
Gula Ising

Sila Hubungi saya di:
013-477 6424 @ eirya29@yahoo.com
Penghantaran percuma sekitar Ipoh.

upin & ipin

upin & ipin
@ episod tadika

Cikgu Intan

Cikgu Intan
selamat pagi cikgu

Tadika Seri Pelangi dlm kenangan...

Teringat saya ketika menjadi guru tadika di langkawi. Ia adalah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Bermula dari bulan 11 iaitu cuti sekolah. Saya di tugaskan menghias bilik dan menggantikan guru yang telah berpindah. Dengan mengikuti citarasa kanak2 zaman skrg saya menghiasnya dengan gambar2 Doremon & Spongebob. Nampak je mudah tapi….penat tak terkira.

Sekolah di buka. Macam2 keletah mereka. Ada yang jadi cicakman, superman, batman…segalanya ada. Mana tak nya…. ada yang panjat tembok dan pagar untuk lari pulang. Dalam kelas pula usah cakap la.. bila pandang whiteboard ada yang sorok bangku dan ada yang masuk bawah meja. Yang tak tahan ada pula yang tiba2 ada atas almari. Haa…. mana la saya tak kepenatan. Bagaimana pun kadangkala terasa rindu dengan anak2 murid saya. Semoga satu hari nanti mereka menjadi insan yang berguna.


Cerpen Pendek - Episod Pertama

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…Ikuti kisah seterusnya….

CINTA ZULAIKHA…

Menyintai bukan bererti memiliki, Memiliki bukan bermakna menakluki, CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran. ...

Kata-kata itulah yang sentiasa bermain di minda Zulaikha. Malah yang menabahkan dan mengeraskan hati Zulaikha dalam ertikata meneruskan sisa-sisa kehidupan yang sentiasa berada di persimpangan yang penuh dengan onak dan duri.

Zulaikha amat menyintai Ashraf. Segalanya adalah untuk Ashraf. Janji Zulaikha dan sumpah Zulaikha….insyaALLAH selepas Ashraf tiada lagi pengganti. Baik atau buruk Zulaikha tetap dengan berpegang teguh dan setianya dalam mengasihi Ashraf.

Zulaikha memikirkan mampukah ia meneruskan setiap langkah miniti perjalanan dengan semangat yang semakin rapuh.

Kehadiran pihak ketiga di dalam rumahtangganya benar-benar menggugat kebahagiaan mereka. Ketiga?? Tidak! Ia bukan ketiga atau keempat tapi entahlah. Zulaikha terkesima lagi. Apakah setiap pengorbanan yang diberikan tiada nilai dan tidak perlu dihargai oleh lelaki yang bernama suami??

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan.
Zulaikha akur dengan ketentuan Allah swt serta qada dan qadar. Namun Zulaikha cekalkan hati. Zulaikha sentiasa memaafkan Ashraf dan memberinya peluang untuk Ashraf memperbaiki dirinya.
“Ikha, maafkan abang sayang. Abang tetap sayangkan Ikha cuma abang sendiri tidak tahu kenapa dengan diri abang ni.” Ashraf memujuk dan merayu.
Zulaikha sekadar mampu menundukkan wajah di hujung birai katil. Memikir sedalamnya. Apa yang perlu Zulaikha katakan lagi setelah dia memberi peluang serta kemaafan yang berulang kali kepada Ashraf. Namun ia tetap berulang.
Bercinta, memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.... tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi.
“Ikha sedar bang. Ikha terlalu sedar akan kekurangan Ikha. Ikha rela berundur dan berkorban demi kasih sayang dan cinta Ikha pada abang. Andai apa yang ada pada mereka tiada pada Ikha, abang pergilah. Kebahagiaan abang adalah kebahagiaan Ikha juga. Tapi, dengan satu syarat.” Zulaikha mengesat airmatanya. Terdiam sejenak. Mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-kata.
“Abang lepaskan Ikha. NurAin akan Ikha bawa bersama.” Zulaikha dengan nada tersekat menyambung bicara sambil mengucup dahi NurAin yang sedang nyenyak tidur.
“Cuba bawa mengucap Ikha. Abang minta maaf sekiranya abang banyak menyusahkan Ikha. Abang tak tahu kenapa perkara begini harus terjadi dalam hidup abang.” terusik juga hati Asraf. Gugur juga airmata lelakinya.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Zulaikha memandang wajah Asraf lalu menggenggam tangan Asraf. Airmata Zulaikha seolah mengiyakan seribu kemaafan buat Asraf.
Asraf memeluk Zulaikha seeratnya umpama tidak mahu melepaskannya. Asraf mulai sedar akan kesilapannya.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Dari segala pengalaman yang dilalui Zulaikha mengerti kiranya cinta itu Asraf memilikinya juga, Asraf tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika Asraf tidak memilikinya,apa pun yang lain yang Asraf miliki tidak banyak bererti. Bagaimana pun yang pasti Asraf juga perlu turut berkorban.;
Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah Zulaikha, semalam adalah teladan serta pengajarannya... dan untuk menghadapi hari esok, Zulaikha dan Asraf jadikan kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan..

Cerpen Pendek - Episod Kedua

Cintakan bunga, bunga itu akan layu.. cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati...Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi..........

MENGERTILAH SAYANG......AKU PASRAH


“Zulaikha belajar, bahawa Zulaikha tidak dapat memaksa orang lain mencintai Zulaikha. Zulaikha hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang Zulaikha cintai....”
itulah salah satu yang Zulaikha belum bisa jalankan.. dan sekarang Zulaikha sedang di uji untuk itu....tapi dengan berjalannya waktu Zulaikha pasti bisa.... Belum selesai isak tangis Zulaikha yang kelmarin tiba lagi sebuah pedang menyayat kembali melukakan hingga Zulaikha tertunduk tak kuasa menatapnya.

“Kenapa segala ketulusanku selalu dipermainkan tanpa penghargaan terakhir yang membahagiakan....seolah apa yang aku berikan tidak terlihat lelehan darahku, malah semakin menusuk dalam jantungku….” Zulaikha berkata sendirian. Hembusan angin petang terasa selesa walau jauh disudut hati begitu gundah.

Sebenarnya Zulaikha hanya ingin tidak disakiti perasaannya. Zulaikha hanya mencuba untuk mengertikan sikap baik seseorang supaya seseorang itu tidak kecewa terhadap dirinya. Tetapi apa yang terjadi adalah disebaliknya. Zulaikha yang disalah erti dan Zulaikha yang di kecewakan.....(terbalik dari kerana Zulaikha kasihan pada seseorang menjadi seseorang berkata kasihan kamu Zulaikha).....terus berulang berulang berulang dan berulang.....tapi tuntutan hati kecil untuk tetap tidak membalas rasa ini...dan Zulaikha hanya terdiam terpaku Zulaikha merasakan perit di hati.
Zulaikha kecewa tapi Zulaikha tidak berdendam. Ini adalah kali terakhir Zulaikha ingin menyebut penuh namanya..

“Sayangku….Muhammad Nor Ashraf. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan Ikha, percayalah walaupun Ikha akan kecewa, Ikha hanya ingin yang terbaik untuk dirimu, meski hati Ikha.. Ashraf remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana Ikha tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti Ikha…kerana kamu…Ashraf,” bisik hati Zulaikha lagi.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Hanya itu yang dapat Zulaikha simpulkan di dalam dirinya. Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Zulaikha tidak mahu lagi mengharap dari Ashraf kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi Zulaika akan bersabar kerana kesabaran itu mengajar erti kehidupan dan Zulaikha cuba tidak akan menangis lagi kerana gagal dalam menyintai seorang lelaki yang bernama suami sebab manusia akan meninggalkan apa yang di cintainya.

“Ashraf sayang…, mengertilah bahawa nilai kasih dan sayang mahupun percintaan serta persahabatan diukur dengan kejujuran dan keikhlasan. Bukan dari kebendaan, sayang. Jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yang berkrim tetapi..diharungi lalat..” kata-kata yang menjerit kecil di dalam hati. Zulaikha mengesat butiran-butiran kecil yang mengalir di pipinya.

Zulaikha sedar dan sedia maklum bahawa keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang. Sesungguhnya lidah dan perbuatan itu lebih berbisa dari segala senjata..jadi sebelum berkata mahupun melakukannya Zulaikha berharap agar Ashraf dapat memikirkan akibatnya.

Kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…